Sabtu, 19 Januari 2013

Perhiasan yang menjadi dambaan…”seorang manusia bergelar nabi, manusia dan lelaki pertama dicipta Allah, pernah menghuninya. Dia dimuliakan oleh semua makhluk termasuk malaikat, atas perintah Allah. Namun di tengah keindahan Syurga, jauh di sudut hatinya masih ada kekosongan. Mengapa? Kerana tiada wanita menemaninya dalam menikmati keindahan Syurga! Maka diciptakan wanita sebagai pelengkap kepada nikmat Syurgawi. Bidadari yang cantik jelita juga adalah wanita. Oleh itu, boleh meriahkah dunia ini tanpa wanita? Setiap akal dan hati tahu jawapannya. Ya, tanpa wanita sunyi sepi lah dunia. Tidak banggakah kah kamu menjadi wanita? Persoalannya, cukupkah sekadar dilahirkan sebagai wanita, kamu boleh berbangga menyandang keistimewaaan ini? Perhiasan ialah sesuatu yang menambah seri suasana, menyejukkan hati dan mata. Sebagaimana sejuknya hati apabila melihat bunga, begitulah hati apabila melihat perhiasan. Namun, mengapa tidak semua wanita menyejukkan hati sedangkan ia diciptakan sebagai pelengkap kepada hiasan dunia? Garis pemisah antara wanita yang menyejukkan hati atau sebaliknya ialah sekeping hati yang dimiliki.



Ciri-ciri wanita sejati bergelar wanita solehah yang digambarkan oleh Rasullullah S.A.W:

Apabila hati diserahkan sepenuhnya kepada Allah, kekallah wanita dengan asal penciptaannya.

Apabila wanita terus mengikat hati kepada zat yang menjadikannya, kekallah ia sebagai perhiasan yang dijaga rapi.
Redup dan jernih wajahnya yang menjadi dambaan, mengundang pembelaan dari hati yang menjadi hamba Tuhan
Dan kerendahan hati yang tunduk pada syariaat
Meletakkan dirinya sentiasa dalam keredhaan dan perlindungan dari zat Yang Maha Agung.

Ibarat bunga sejati dan bunga plastik. Jika bunga plastik disembur pewangi, harumnya lebih kuat daripada haruman bunga sejati tapi malangnya haruman itu tidak kekal. Haruman bunga plastik bukan miliknya yang sebenarnya. Ia Cuma haruman palsu yang bersifat lauran. Bunga plastik tetap kaku walau di mana ia diletakkan dan harumannya yang palsu semakin hilang biarpun diletakkan di jambangan emas.


Berbeza dengan keharuman bunga sejati yang bersifat dalaman dan kekal walau di mana sahaja dia diletakkan, sama ada dijambangan ataupun sekadar tumbuh di pinggiran belantara.

Si anak mentaati ibu bapa; srikandi dihiasi keberanian dan ketegasan yang penuh kesopanan serta prihatin terhadap suasana masyarakat; si isteri penuh ketaatan, kesetiaan dan kasih kepada suami.

Semuanya berteraskan rasa cinta kepada Yang Maha Pencipta. Berbahagialah kaum Adam yang berjaya memiliki ‘perhiasan’ sejati ini kerana pastinya hidup terarah ke Syurga. Syurga dunia yang disegerakan dan Syurga hakiki yang kekal abadi.

Kamu sentiasa ada pilihan…

Wanita boleh memilih untuk menjadi ‘bunga sejati’atau bunga plastik.

Maka, pilihlah untuk menjadi bunga sejati. Menjadi wanita solehah yang membawa KETENANGAN.

Dan kamu hanya layak menjadi bunga sejati jika hati tunduk kepada Tuhan.

Bagaimanapun Tuhan tidak pernah memaksa. Dia tetap agung walaupun kita sebagai hamba tetap derhaka. Maha suci Allah yang telah memuliakan kamu sebagai wanita. Daripada-Nya kita datang dan kepadanya kita akan kembali. :)